bosswin168 slot gacor 2023
situs slot online
slot online
situs judi online
boswin168 slot online
agen slot bosswin168
bosswin168
slot bosswin168
mabar69
mabar69 slot online
mabar69 slot online
bosswin168
ronin86
ronin86
ronin86
ronin86
ronin86
ronin86
ronin86
ronin86
cocol77
ronin86
cocol77
cocol77
https://wowcamera.info/
mabar69
mahjong69
mahjong69
mahjong69
mabar69
master38
master38
master38
cocol88
bosswin168
mabar69
MASTER38 MASTER38 MASTER38 MASTER38 BOSSWIN168 BOSSWIN168 BOSSWIN168 BOSSWIN168 BOSSWIN168 COCOL88 COCOL88 COCOL88 COCOL88 MABAR69 MABAR69 MABAR69 MABAR69 MABAR69 MABAR69 MABAR69 MAHJONG69 MAHJONG69 MAHJONG69 MAHJONG69 RONIN86 RONIN86 RONIN86 RONIN86 RONIN86 RONIN86 RONIN86 RONIN86 ZONA69 ZONA69 ZONA69 NOBAR69 ROYAL38 ROYAL38 ROYAL38 ROYAL38 ROYAL38 ROYAL38 ROYAL38 ROYAL38
SLOT GACOR HARI INI SLOT GACOR HARI INI
BOSSWIN168 BOSSWIN168
BARON69
COCOL88
MAX69 MAX69 MAX69
COCOL88 COCOL88 BARON69 RONIN86 DINASTI168

Subuh 7 Oktober dan kerajaan perpaduan Netanyahu

Subuh 7 Oktober dan kerajaan perpaduan Netanyahu

Subuh Sabtu 7 Oktober 2023, gerila Al-Qassam mula melancarkan serangan ke atas Israel dari Gaza. 

Serangan Al-Qassam ini bukan satu yang baru. Serangan roket ke atas Israel telah berkali-kali berlaku. Tapi kali ini serangan Taufan Al-Aqsa cukup berlainan.

Al-Qassam pasukan gerila dari Hamas ini datang menyerang Israel dari darat, laut dan udara. Dari wilayah Gaza, gerila melancarkan 5,000 roket dalam masa 20 minit. 

Dari udara gerila berterbangan menggunakan glider menembus masuk melintas tembok sempadan. Jentolak meruntuhkan pagar berduri. Ratusan gerila masuk dan terus membedil musuh.

Rumah pasung Zionis diserang. Kem askar diserang. Kereta kebal diletupkan. Pesta muzik diserang. Tawanan dibawa pulang ke Gaza termasuk seorang komandan kem askar.

Ini belum pernah berlaku. Serangan seperti ini belum pernah terjadi. Warga Israel terperanjat. Warga dunia bertanya: Apa sudah jadi?

Media sering melaporkan tentang Mossad dan Shin Bet sebagai lembaga risik dan intip terulung dalam dunia. 

Shin Bet agensi intip dalam negara dengan moto “Perisai Tidak Dilihat” adalah benteng pertahanan Israel.

Manakala Mossad bergerak di luar negara. Mossad kini memiliki lebih dari 7,000 ejen di seluruh pelusuk dunia. Mossad dikatakan badan risik terbaik sesudah CIA.

Teknologi terkini yang tercanggih juga diguna pakai untuk mempertahankan kewujudan entiti Zionis Israel dari serangan musuh. Kamera intip, alat cam muka, alat sensor dalam pelbagai bentuk dipasang di seluruh Israel untuk memastikan Israel selamat dari serangan gerila.

Iron Dome, atau Tudung Besi, senjata laser bergerak dipasang di sempadan Gaza. Alat ini akan menembak roket musuh di udara sebelum sampai ke sasaran di bumi.

Tudung Besi ini memastikan roket Al-Qassam tidak akan berjaya meledak di bumi.

Tembok batu dan pagar kawat berduri tiga lapis yang memisahkan Gaza dengan Israel semuanya dipasak oleh teknologi kamera intip.

Dikatakan jika burung bertenggek di atas tembok atau anjing lalu di hadapan pagar, semuanya akan dilihat oleh pihak keselamatan atau siren akan berbunyi. Semua ini memustahilkan gerila Palestin dapat menghampiri tembok sempadan.

Tetapi pada subuh 7 Oktober, semua sistem pertahanan Israel gagal. Apa sudah terjadi?

Tudung Besi dilapor gagal berfungsi. Siren tidak kedengaran. Sabtu hari Sabaath – hari suci Yahudi – mustahil soldadu dan pengawal sempadan juga berehat sama.

Apa sudah terjadi? 

Kenapa sistem pertahanan Israel gagal? Apa jadi dengan Mossad dan Shin Bet? Kenapa tidak ada maklumat intip atau amaran awak serangan sedang dirancang?

Media arus perdana satu dunia terus menggambarkan bahawa unit intip, badan risik dan teknologi intel Israel telah gagal.

Betul ke gagal? Atau ada cerita di belakang cerita?

Tertiba muncul berita bahawa ini adalah 9/11 untuk Israel. Pada 9/11, Amerika diserang, bangunan kembar WTC di New York meledak. 

Ada juga komentar mengandaikan bahawa ini adalah “Pelabuhan Pearl” untuk Israel. 

Serangan Jepun ke atas pelabuhan ini pada 7 Disember 1941 sengaja dibiarkan berlaku untuk menjemput Amerika masuk campur dalam Perang Dunia Kesua. 

Serangan 9/11 pula menjemput Amerika melanggar Iraq.

Pada 7 Oktober 2023, Taufan Al-Aqsa pasti menjemput Israel menyerang Gaza.

Pandangan ini menjurus kepada teori konspirasi. Ini kerana badan risik Mesir telah memberi maklumat tentang akan berlaku serangan Hamas. Maklumat disampai kepada pihak berwajib Israel. Tapi mereka tidak ambil pot.

Kenapa Israel tidak ambil pot?

Lalu timbul persoalan, apakah Hamas sengaja diumpan untuk dijerut oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu? 

Apakah Netanyahu memang merancang untuk memusnahkan Gaza dan membersihkan Gaza dari warga Palestin?

Andaian ini masuk akal. Netanyahu sedang berhadapan dengan kes rasuah. Jika dia bukan menjawat kerusi PM, maka Netanyahu pasti masuk penjara. Justeru dia wajib melakukan apa saja untuk bebas dari di penjara.

Netanyahu perlu dilihat wira di mata warga Israel. Menyerang Gaza dan membunuh Arab akan menggilap politik Netanyahu.

Kerajaan campuran Israel hari ini adalah gabungan Parti Likud dikepalai Netanyahu bersama Parti Kach yang ekstrem kanan. 

Kach menganggap warga Palestin seperti binatang yang wajib dihapuskan.

Dalam masa yang sama, dalam usaha untuk lepas dari penjara, Netanyahu merancang untuk meminda perlembagaan.

Di Israel, kuasa mahkamah paling tinggi. Mahkamah boleh menolak keputusan kerajaan. Banyak cadangan kerajaan ditolak oleh mahkamah. Ini menyusahkan Netanyahu. Dia mahu melonggarkan kuasa mahkamah.

Projek pindaan perlembagaan ini menjemput rakyat bangun melawan. Berbulan-bulan demo besar-besaran menentang pindaan perlembagaan ini berjalan. Gerakan anti-Netanyahu merebak. 

Negara Israel pecah dua. Satu kumpulan Israel menjadi penganut agama Yahudi ekstrem kanan, dan satu lagi demokratik sekular.

Keadaan politik Israel makin meruncing. Ramai elit politik dan elit ekonomi termasuk bekas kepala Shin Bet tidak menyokong Netanyahu.

Paling mengejutkan ialah apabila ada kumpulan tentera simpanan yang mengeluarkan kenyataan jika berlaku pindaan perlembagaan mereka akan meletakkan senjata. Mereka enggan mempertahan Israel.

Apakah projek memusnahkan Gaza jadi penyelamat untuk Netanyahu?

Andaian ini ada kebenaran kerana dua hari selepas Taufan Al-Aqsa, Netanyahu berjaya mewujudkan “Kerajaan Perpaduan”. Musuh politik Netanyahu kini dijinakkan.

Walau apa pun andaian dan teori konspirasi, apa yang jelas,  Israel dengan teknologi risik dan intip amat angkuh. 

Lembaga intel Israel selalu mendabik dada mengklim bahawa sistem intel Israel terbaik, kononnya Israel selamat dengan teknologi tercanggih.

Keangkuhan ini terbarai bogel pada subuh 7 Oktober 2023.

Apa yang sahih dan jelas ialah Israel sedang menjalankan dasar pembunuhan beramai-ramai, genocide.

Apa yang sahih dan jelas, memang ada projek untuk menghalau keluar semua warga Gaza. Israel sebuah negara haram masih menjalankan agenda penaklukan wilayah bermula semenjak 1948.

Pada 18 Oktober 2023, akhbar Times of Israel memetik Menteri Luar Israel Eli Cohen: “Pada akhir perang ini, bukan sahaja Hamas tidak lagi berada di Gaza, tetapi wilayah Gaza juga akan mengecil.”

Apa yang sedang berlaku sekarang ialah memastikan semua warga Palestin di Gaza dihalau keluar.

Air dihentikan. Elektrik dipotong. Dari udara kapal mengebom. Dari sempadan meriam membedil. Gaza sedang dikepung. Semua ini untuk memastikan warga Gaza lari meninggalkan tanah air mereka.

Sempadan di selatan Gaza – di Rafah kini dibuka. Wilayah ini bersempadan dengan Mesir. Tujuan menghalau warga Gaza ini ialah untuk memastikan mereka masuk ke wilayah Mesir dan menjadi orang pelarian perang.

Ini sebenarnya ulang tayang Nakba. Penghalauan sedemikian pernah berlaku pada tahun 1948 dahulu. Inilah caranya kaum Zionis menjajah Palestin. Israel membantai warga Palestin. Yang takut akan lari. Yang tak lari akan mati.

Israel didirikan melalui keganasan.

Bala tentera Israel masih mengepong Gaza. Presiden Biden telah datang ke Israel untuk menyatakan sokongan Amerika kepada Israel.

Rancangan Biden untuk bertemu dengan pemimpin negara Mesir dan Jordan gagal. Ini kerana sebuah hospital Al-Ahli al-Arabi telah dibom oleh Israel. Lebih dari 600 nyawa hilang.

Amat jelas apa yang dilakukan oleh Israel adalah jenayah perang. Mengikut perundangan antarabangsa – Geneva Convention – Israel boleh dibawa ke ICJ – Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Belanda.

Tapi mustahil ini akan berlaku.

Mahkamah ini hanya berupaya dan berani mendakwa musuh Amerika. Contohnya Vladimir Putin akan didakwa kerana jenayah perang Ukraine.

Satu lagi contoh ialah Slobodan Milosevic, bekas presiden Serbia yang ditangkap dan didakwa ICJ pada 2002. Pemimpin ini dituduh melakukan jenayah perang. Milosevic mati pada 11 Mac 2006 dalam tahanan di Belanda.

Manakala waran tangkap untuk Putin menjadikan Putin susah untuk ke luar negara.

Jenayah perang Israel amat jelas. Sekolah, masjid dan hospital yang dibom adalah jenayah perang. Gaza sedang dikepung oleh bala tentera Israel, memaksa warga bulur kelaparan adalah juga jenayah perang.

Israel masuk ke Gaza dengan dua tujuan. Pertama untuk membebaskan tawanan. Ada lebih dari 100 orang yang ditawan oleh Hamas. Kedua, untuk memusnahkan Hamas selama-lamanya.

Diberitakan beberapa orang tawanan telah mati akibat bom. Juga ada berita melaporkan ada tawanan Hamas telah dibunuh oleh gerila. Berita seperti ini amat susah untuk disahkan kerana dalam perang yang pertama mati ialah kebenaran.

Apakah orang tawanan Hamas ini dapat diselamatkan bila askar masuk menyerang?

Apakah bila askar Israel masuk menyerang Gaza mereka akan berjaya menghapuskan Hamas?

Bagaimana dengan tujuan memusnahkan Hamas? 

Ini persoalan hakiki.